Blog ini saya hasilkan bagi mempamirkan segala aktiviti dan hasil karya foto dari sudut kaca lensa saya. Karya foto saya terdiri dari pelbagai genre fotografi :-

Landscape | Naturescape | Waterscape | Nightscape | Macro | Skyscape | Cityscapes | Wedding | Event

Monday, 19 March 2012

Makro Fotografi

    Salah satu genre yang aku minat dalam fotografi ni selain bermain dengan Landscape adalah Makro Fotografi. Aku menjadikan laman Youtube sebagai sumber rujukan dan tutorial aku, byk yang boleh aku belajar kat Youtube terutama teknik dan keperluan asas bagi mengambil gambar makro seperti Labah2, Rama2, Lalat, serangga2 halus dan termasuklah makhluk halus... hehehe....

   Bagi keperluan asas yang sering digunakan untuk Makro Fotografi ni dh tentulah sebuah kamera DSLR,Compact kamera atau sebagainyer.. Equipment seterusnya bagi mendapatkan hasil yang betul2 Makro dan halus adalah Lensa Makro. Terdapat pelbagai jenis lensa makro yang terdapat kat pasaran sekarang nih bergantung pada model dan jenama... ada yang dan ada yang murah... Selain daripada Lense Makro, kita juga boleh menggunakan peralatan seperti Extension Tube (Manual/Automatik), Close up filter, Makro converter, Speed light dan sebagainya lagi.... Equipment yang saya sendiri gunakan adalah manual extension tube+50mm lense+d.i.y diffuser. Nak beli lense makro x mampu beb... mahal, cukuplah sekadar apa yang ada tapi yang penting hasil nyer sama seperti lense yang mahal... hehehe...




Ini lah equipment yang aku gunakan untuk shoot Makro 
Canon EOS550D/Canon EF50mm f/1.8+Ext. Tube dan D.I.Y Diffuser for Popup Flash



Inilah hasil2 gambar makro yang aku dapat dengan menggunakan equipment yang x seberapa canggih nih....







Spider Malaya Gunung Pulai 2


Bluebottles a.k.a "Lalat najis"


Crab Spider Gunung Pulai 2


Furry Pillar a.k.a "Ulat bulu naik daun"




"Robber Fly"


B&W Crab Spider







 Makro Fotografi ni adalah satu bidang yang amat mencabar dan memenatkan, tetapi bagi aku ini adalah satu cara utk kita menguji tahap kesabaran kita, tahap pernafasan dan juga tahap kawalan kamera di tangan (handheld)... kerana untuk mendapatkan focus yang cantik adalah sangat susah...












Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012



    Pada 17 Mac 2012 yang lalu aku telah berpeluang pergi ke Fiesta Belon Udara di Putrajaya 2012. Aku sampai kat Monumen Alaf Baru Putrajaya lebih kurang 4.30 ptg dengan adik-adik aku. Masa untuk mencari parking jer dh dekat sejam, pukul 5.20 baru dapat parking.... Aku parking dekat dengan Masjid Besi, jadi sebelum berjalan aku solat asar dulu.
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
Selesai jer solat, aku dengan adik2 pun berjalan ke tapak Fiesta. Punyerlah ramai manusia yang berkunjung kat sini, aku pun apa lagi... sambil membuka mata sebesar2 nyer utk mencuci mata.. kamera aku pula membuka lensanyer. Kebetulan pada masa tu pertunjukan Aviation Paraglider sedang berlangsung, masa nilah lensa 90-300mm Canon aku menjalankan fungsinyer...



Sampai kat tapak Fiesta aku berjumpa dengan sahabat Photog dari JB, Mohd Asyraf, Yusmah Yuyu and the gang..















z

 Gambar2 sekitar jam 5.45 - 7.00 petang



Senja pun mula melabuhkan tirainya... acara untuk Night Glow pun sudah pun bermula. Belon yg mengambil bahagian untuk night glow akan dinaikan separuh dan mereka akan bermain dengan lampu mengikut muzik yg dimainkan...


Gambar sekitar jam 7.30 - 8.30 malam






Acara kemuncak yang paling aku tunggu adalah tembakan bunga api.. bunga api ni dilancarkan dekat dengan Masjid Besi..