Blog ini saya hasilkan bagi mempamirkan segala aktiviti dan hasil karya foto dari sudut kaca lensa saya. Karya foto saya terdiri dari pelbagai genre fotografi :-

Landscape | Naturescape | Waterscape | Nightscape | Macro | Skyscape | Cityscapes | Wedding | Event

Monday, 9 April 2012

Majlis Pemimpin Peladang Negeri Johor Bersama Y.B Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia


   Pada 7 April 2012 yang lalu, aku telah diarahkan untuk bertugas bagi Majlis Pemimpin Peladang Negeri Johor Bersama Y.B Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Majlis ini diadakan di MRSM Muar selama 2 hari dan telah dianjurkan oleh PPK Bakri bersama Pengerusi PPK iaitu Dato' Saipol Bahri b. Hj. Suib. Aku telah berada di lokasi sekitar jam 11.00 pagi untuk membantu serba sedikit program yang bakal berlangsung malamnya.
    Pada hari dan tempat yang sama juga telah berlangsung Mesyuarat Agung PPK Bakri pada jam 4.00 ptg. Sahabat dan pegawai Pendaftar LPP Johor juga telah hadir bertugas untuk mesyuarat tersebut. 
     Bagi yang terlibat untuk acara Perasmian malamnya, satu rehearsel telah diadakan bagi melancarkan segala perjalanan Majlis yang bakal berlangsung. Ramai pegawai LPP dan Pengurus Besar yang terlibat dan bertungkus lumus melancarkan acara tersebut seperti Puan Juriah (PRO), Hj. Patah ( PRO), Pn Hasmila(PPD),  En. Sulaiman(GM Bakri) dan ramai lagi pegawai dari PPD Muar/Segamat.

CORETAN AKTIVITI SEPANJANG ACARA REHEARSEL 
















     Sebelum menjelangnya Majlis pada malam tersebut, satu kursus berkenaan Penternakan Burung Walit telah diadakan pada dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Kursus telah disampaikan oleh wakil dari Duta Sialin Sdn.Bhd dan disertai oleh ahli ahli peladang dari PPK seluruh johor. Tidak ketinggalan juga bagi yang ingin melihat dan membeli produk dari usahawan PPK, beberapa gerai telah dibuka bagi usahawan PPK ini mempamerkan produk mereka.


GERAI USAHAWAN PPK/LPP







CT RON - Salah seorang usahawan wanita yang berjaya ( bekas CC LPP Johor)



      Acara kemuncak hampir tiba, semua tetamu, pemimpin-pemimpin peladang serta VIP telah hadir bagi menyambut ketibaan Y.B Datuk Seri Noh bin Haji Omar (Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia).Yang Berhormat Menteri Pertanian bersama Exco Negeri Johor, Pengerusi LPP dan VIP yang lain berarak masuk dengan di iringi oleh paluan kompang dari Pasukan Kompang Bakri serta Pasukan Belia KORTANI Bakri ke Dewan Dato' Onn MRSM Bakri.
   Setelah semua tetamu mendapat tempat masing-masing, Pengacara Majlis(Tuan Hj. Hasyim) mengumumkan agar semua tetamu berdiri bagi menghormati Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku. Kemudian, ucapan aluan oleh Dato' Saipol Bahri dan Exco PertanianNegeri Johor Dato' Aziz Kaprawi seterusnya Ucapan Perasmian dan Penutupan oleh Datuk Seri Noh Bin Haji Omar.\
        Acara yang terakhir adalah Tandatangan MoU berkenaan Penternakan Sarang Burung Walit diantara 7 buah PPK bersama Wakil dari Duta Sialin Sdn.Bhd dengan disaksikan oleh Y.B Menteri Pertanian sendiri. Setelah selesai semua upacara tandatangan MoU, maka majlis pun berakhir dgn semua tetamu ke bawah khemah untuk makan malam dan beramah mesra bersama Menteri.


SEKITAR MAJLIS PEMIMPIN PELADANG BERSAMA 
Y.B MENTERI PERTANIAN DAN INDURTRI ASAS TANI MALAYSIA









 


 






Ketibaan Dan Ucapan Perasmian Penutupan 
Majlis Bersama Pemimpin Peladang Johor.


Sesi Tandatangan Plug Pusat Pengumpulan Sarang Burung Walit
PPK Pagoh







Tandatangan MoU 7 Buah PPK bersama Duta Sialin Sdn.Bhd





Sidang Media Bersama CCTV dari China




Menteri Pertanian Bersama Pelajar-pelajar Dari MRSM Muar



 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS